Seharian bersama Sri Nur Manis Norhazman  

Assalamualaikum, Sugarbelle lovers!

Pada hari Isnin, 21 Disember 2020. Kami bertemu dengan gadis manis bernama... Manis!


Nama penuh beliau ialah Sri Nur Manis Norhazman. Cantik nama diberi, sesuai dengan orangnya. Manis berasal dari Felda Pasak, Kota Tinggi Johor. Walaupun baru berumur 26 tahun, beliau adalah pemilik perniagaan online (dalam industri makanan) yang berjaya.


Rutin hari-hari dan kecantikan Manis memang sangat menarik. Jom baca celoteh antara Manis dan team Sugarbelle.

Sugarbelle: Apakah rutin hari-hari Manis?

Manis: Sebagai pemilik ‘business online’. Setiap pagi selepas solat subuh, saya akan cek E-mel dan Whatsapp untuk saya uruskan proses pengeposan sebelum waktu tengahari.

Sugarbelle: Rutin penjagaan kulit Manis pula, macam mana?

Manis: Saya sering memulakan hari saya dengan meminum air suam. Kemudian saya akan cuci muka saya untuk memastikan muka saya tidak berminyak. Jangan lupa untuk lap menggunakan tuala yang bersih, tau. Disebabkan saya mempunyai kulit jenis kering dan sensitif, saya menggunakan serum dan moisturiser sebelum bermekap untuk memastikan kulit saya kekal lembap. Selain itu, saya juga sering ke Spa kecantikkan untuk melakukan rawatan kulit muka.

Sugarbelle: Apa yang Manis tahu tentang Sugarbelle?

Manis: Saya tahu Sugarbelle ini adalah lokal product yang juga terjual dalam guardian. Saya sering terlihat Sugarbelle di mana-mana cawangan guardian.

Sugarbelle: Mini Lip Cream Sugarbelle adalah antara produk bestseller, tau. Cuba Manis berikan testimoni? (kami berikan semua 10 kod Mini Lip Cream pada Manis)

Manis: Antara banyak-banyak Mini Lip Cream yang diberikan, manis tertarik dengan warna ‘Peanut’, teksturnya ringan, nampak cantik, natural sangat! Cermin berlampu LED ini turut menarik perhatian Manis, sangat kompak mudah dibawa kemana-mana dan hadir sekali dengan 6 lampu LED. Nice!

 

Sugarbelle: Apakah ucapan terakhir Manis kepada pembaca diluar sana?

Manis: Saya ingin menyeru semua anak Felda untuk menyertai saya dalam menjana pendapatan tambahan bersama Sugarbelle. Dengan mendaftar sebagai ejen atau dropship, kita dapat menambah pengalaman dalam bidang perniagaan. Yang paling penting, ada duit poket tambahan. Jom join sekarang!

Comments

Leave a Comment

Leave a Reply

* Name:
* E-mail: (Not Published)
   Website: (Site url with http://)
* Comment: