Apa beza LOOSE POWDER dan PRESSED POWDER?
LOOSE POWDER atau bedak debu, digunakan untuk ’set’ kan foundation anda. Apabila foundation anda ‘set’ ia bermaksud bedak debu yang dilayangkan telah menyerap AIR dan MINYAK berlebihan pada foundation. Barulah foundation tahan lama!
Bagi mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak, gunakan LOOSE POWDER kerana teskturnya sangat ringan. Anda boleh guna bedak debu dengan cara berlebihan untuk betul-betul make sure foundation anda tidak lagi melekit. Yang penting! LOOSE POWDER tidak nampak tebal. YES!
Sebab kawasan zon T kita secara semula jadinya akan mengeluarkan minyak. Dengan menggunakan teknik ‘baking’, bedak debu yang berlebihan itu mampu menyerap sebarang kelembapan, minyak, atau air yang mungkin ada pada foundation kita.
Teknik ‘baking’ dapat memberikan efek highlight dan pada masa yang sama mengawal sebum berlebihan. Penggunaan bedak debu terutamanya di kawasan bawah mata (atau kawasan highlight zon T) akan membuatkan foundation ada tahan lebih lama.
PRESSED POWDER pula masih boleh digunakan untuk ‘set’ foundation anda. Ia lebih sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah kulit dan perlukan coverage yang lebih. Kemasan kompak mungkin lebih sesuai untuk anda bawa ke mana-mana saja, kan? Lagi-lagi untuk tujuan touch up.
SUGARBELLE MATTIFYING COMPACT POWDER sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit jenis berminyak bertekstur halus yang sesuai untuk kegunaan seharian. Touch up pun menjadi lebih mudah kerana mampu menambah ‘coverage’ kepada mekap base yang mula pudar.