Cara saya pilih foundation yang 100% tepat dengan warna kulit

Assalamualaikum Sugarbelle, 

Saya Aishah dari Terengganu, saya nak tanya… Macam mana nak pilih bedak asas yang sesuai dengan warna kulit saya? Muka saya sering kelihatan ‘flat’ dan tidak bermaya.

Terima kasih!

Waalaikumusalam Aishah,

Sebagai seorang jurumekap, saya memang selalu berkerja dengan model-model yang mempunyai warna kulit yang berbeza. Untuk memastikan foundation saya betul-betul match dengan warna kulit model, saya akan selalu sediakan concealer untuk tujuan highlight dan juga bronzer/contour.

Memilih bedak asas yang 100% sama dengan warna kulit kita memang susah kerana secara alaminya (naturally) kulit muka kita mempunyai tona-tona yang berbeza contohnya bahagian pipi kelihatan cerah manakala kawasan bawah mata dan mulut/dagu kelihatan lebih gelap.

Jadi saya sarankan Aishah:

Beli foundation yang paling dekat dengan warna kulit atau 1 tona lebih cerah (mengikut tona kulit yang cerah e.g pipi), pada kawasan yang tampak kelabu… gelapkan menggunakan bronzer.

Atau

Beli foundation yang paling dekat dengan warna kulit atau 1 tona lebih gelap (mengikut kawasan tona kulit yang gelap e.g mulut/dagu) Pada kawasan yang tampak dull… cerahkan (highlight) menggunakan concealer yang lebih cerah.

Highlight dan shading juga akan membuatkan mekap anda nampak lebih natural dan 3D berbanding dengan menggunakan foundation yang mempunyai 1 tona yang sekata

Related Products:

Comments

Leave a Comment

Leave a Reply

* Name:
* E-mail: (Not Published)
   Website: (Site url with http://)
* Comment: